Thursday, November 4, 2010

Perbincangan Awal 4 Nov 2010 - Jalan Utama Saujana Impian






Satu Mesyuarat telah dipanggil oleh Pegerusi Persatuan Penduduk Impian Jaya 
Bertarikh      :   4 hb November 2010
Bertempat    :   Restoran Shifan , Impian  Murni
Masa           :   9.00 malam

Taman yang di maksudkan


Pengerusi Majlis Perbincangan berterima Kaseh diatas kehadiran walaupun makluman perjumpaan dimaklumkan dengan agak tergesa-gesa berikutan terdapat kemalangan kecil berlaku di persimpangan  Utama Saujana Impian ekoran perubahan lalulintas baru berkuatkuasa 2 hb November 2010




Y. Bhg Dato' Hj Zakaria Bin Abd Hamid selaku pengerusi Majlis perjumpaan memaklumkan :


1. Perubahan lalulintas tersebut telah dilaksanakan ekoran dari Cadangan syarikat konsesi lebuhraya Grand Saga diatas perbelanjaan syarikat tersebut setelah mendapat Kelulusan MpKj


2. Juga dimaklumkan perkara dilaksanakan atas permintaan Grand Saga diatas kajian yang dibuat oleh mereka melalui penduduk setempat .Walaubagaimanpun sehingga kini beliau masih belum dapat mengesahkan  responden kaji selidik tersebut mahu pun penduduk yang terlibat ,beliau juga tidak dapat megesahkan keadah kaji selidik dilaksanakan


3. Secara amnya beliau telah menghubongi pihak pihak berikut bagi mengesahkan samada isu ini ada dibangkitkan atau berkait dengan instutusi tersebut  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ,Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) ataupun  Pejabat Wilayah Tengah   Lembaga Lebuhraya Malaysia namun ia tidak mendapat jawapan yang positif terhadap perkara ini.


4. Beliau juga dimaklumkan oleh pihak Majlis bahawa Jalan yang berkaitan adalah masih dibawah tanggunjawab MpKj dan di takrifkan Jalan Secara umumnya tidak dapat klasifikasikan kepada samada 
  • Lebuhraya 
  • Jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan
  • Jalan raya negeri atau wilayah  ataupun 
  • Jalan perbandaran


5. Walaubagaimanapun Isu utamanya ialah perubahan ini membawa kepada isu keselamatan yang amat kritikal bagi penduduk Impian Jaya 




Yang berbahagia Dato Ismail bin  Hj Abd Rahim pengerusi Impian Gemilang 


1. Memaklumkan Majlis bukan hanya penduduk Impian Jaya malahan Impian Gemilang ,Murni , kaseh dan Setia juga mengahdapi masallah ekoran perubahan ini , dan Apbila membuat pusingan U didapati Turning circle terutama bagi kedenderann berat amat mebahyakan oleh kerana kelajuan keenderan dari arah Semenyih dan Taman lain berdekatan 


2. Beliau juga musykil akan implikasi perundangan lalulintas dengan jelas memperlihat kan tiada lampu hijau di perutukan untuk laluan terus  dan amat mengelitukan pemandu jelas banyak keenderaan yang berada di lorong tengah mengikuti untuk terus bergerak walaupun tidak berada di laluan tepi ketika lampu merah beliau mengesyurkan satu kajian implikasi perundangan perlu dikenalpasti samada ini dibenarkan 


3. Beliau juga mengesyurkan agar pegesahan maklumat dan status jalanraya ini di verifakasikan dan disemak akan statusnya dan adakah diwartakan .




Haji Abd Manaf Ramli  yang juga seorang bekas jurutera di Lembaga  Lebuhraya Malaysia memberi sedikit penjelasan dalam isu sejarah pembinaan jalan ini , isu keselamatan dan status jalan yang beliau fahami . Ini memberi Input yang berguna pada perjumpaan ini 


Majlis ditangguhkan pada 10 30 malam dan perjumpaan kedua akan dimaklumkan apabila draf surat dan memrandum berkaitan siap didrafkan
memberi sedikit peranan dan gambaran akan kedudukan  




1 comment:

  1. Assalamu alaikum wbkth.
    Saya tertarik dengan makluman oleh Dato' Zek berkaitan dengan para 4.Saya cuma ingin bertanya sekiranya perkara berikut berlaku,siapakah akan dipertanggung jawabkan?
    Katakan lah saya yang bernama Mpkj memberi akuan bahawa barangan itu(jalan yang dimaksudkan) berada dalam kocek baju sebelah kiri kepunyaan saya.Tapi saya tidak pasti siapakah yang bertanggung jawab sama ada :
    a)lebuh raya tuan punya Lembaga LM,
    b)jalan persekutuan dan jalan negeri tuan punya Jabatan KR,
    c)jalan kampung tuan punya Pembangunan LB,dan
    d)jalan perbandaran tuan punya mpkj.
    Dalam saat kian genting ini,sedang kita mencari jalan keluar yang terbaik bukan menuduh atau menyalahkan sesiapa,rayuan harus dibuat kepada MPKj supaya diadakan mesyuarat dengan menjemput pihak LLM,JKR,PLB dan semua persatuan penduduk yang ada kaitan selain dari Saujana Impian.

    ReplyDelete