Sunday, November 21, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang Madrasah Pra TAhfiz Al Mukaramah

Majlis Anugerah Cemerlang 
Madrasah Pra TAhfiz Al Mukaramah

14 November 2010
Surau Saujana Impian 


Sekitar Hari Tersebut





Tuesday, November 9, 2010

Draf Memorandum Kepada MpKj perhal Perubahan Lalulintas Simpang Utama Saujana Impian

INI DRAF SAHAJA KALAU BOLEH BAGI MAKLUMBALAS







Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Jaya ,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Indah,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Murni,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Gemilang,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Setia,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Kasih,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Golf Resort,
Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Saujana Impian,
Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Saujana Impian,
Pengerusi Surau Saujana Impian,
Gurubesar Madarasah Pra Tahfiz Al Mukaramah
Ketua Cawangan Parti Islam Semalaysia, Saujana Impian
Ketua ranting , Parti keadalan Rakyat Saujana Impian


Draf Surat Terbuka dari Warga Saujana Impian


Y.Bhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Yang Berbahagia Dato,

PERUBAHAN DAN PENGUBAHSUIAN LALU LINTAS SAUJANA IMPIAN

Adalah saya dengan hurmat takzimnya merujuk kepada perkara diatas ingin membawa perhatian Dato kepada pembaharuan yang dialaksanakan keatas lalulintas tersebut .

1. Kami mengalu-alukan adanya usaha penambahbaikan yang ingin dilaksanakan bagi kemudahan umum dan rakyat serta warga Mpkj amnya justru itu adalah diperjelaskan kami sekali kali tidak membantah usaha dan niat murni perkhidmatan Mpkj  . Namun setiap pembahuruan dan pengubahsuaian memungkinkan  penambahan kepada kebaikan juga kepada keburukan  dengan ini kami ingin mengutarakan pandangan penduduk yang mungkin kurang arif dalam perencanaan pembangunan MpKj secara macro tetapi amat perlu diuatarakan bagi perhataian MpKj amnya.


2. Ingin saya menyingkap semula pada Tahun 2004 dimana Sistem Perubahan ini pernah dilaku pada tahun itu  dan ianya  sama seperti mula mula ia dilaksanakan namum keadah ini dimansuhkan oleh kerana kadar kemalangan yang meningkat bagi penduduk Impian Jaya yang mahu membelok masuk ke rumah mereka didatangi oleh keenderaan deras dari arah semenyeh  

3. Justru pengubahsuian lalu lintas pada kali ini amat membimbangkan warga dan penduduk Saujana Impian khususnya Impian Jaya , Pada hemah kami  setelah mengadakan satu pemuafakatan antara Pengerusi- pengerusi  Penduduk setempat  dan perbincang didapati pelbagai factor teknikal dan perudangan yang boleh dipertikaikan  namun kami percaya Majlis Perbandaran Kajang adalah lebih arif dan memahami perspektif yang lebih luas serta bertanggungjawab kepada pelbagai pihak Justru menyerahkan penyelesaian Isu  in kepada pihak Majlis dengan kami  pasti satu rencana jangka panjang dan Plan tindakan masa terkini (sementara) supaya kemudaratan yang diharapkan tidak dialami oleh penduduk  

4. Walaubagaimanapun  ini diutarakan beberapa factor bagi perhatian Tuan
4.1    Laluan Terus yang dibenarkan tanpa henti tidak selaras dengan Lampu isyarat sedia ada , Lampu sedia ada tiada perubahan sejajar dengan pengubahsuian ini
4.2     Tiada Tanda atau notis bagi laluan terus tersebut bagi pemandu menggunakkanya dari arah seminyeh
4.3     Pembahagi Jalan menggunakkan tiang Fleksible setelah seminggu didapati patah dan rosak hampir ¼ dari jumlah asalnya
4.4    Tiada had laju yang ditetapkan bagi pengunaan lalaun ini
4.5     Pembahagi Jalan yang singkat dan pendek membolehkan keenderaan menukar laluan dengan pantas dan membahayakan
Adalah diharapkan disini Pihak Majlis mengambil perhatian akan kemusykilan dan kebimbangan kami dan Kami  percaya Majlis lebih mementingkan masyarakat daripada kehendak-hendak  koperat besar seperti Tesco mahupun Grand Saga seperti yang di fikirkan secara negatif oleh masyarakat setempat
Yang benar





Pengerusi ,
Majlis Pemuafakatan Penduduk Saujana Impian


Salinan Kepada :

1.   Y.B Adun Kajang Cik Gu Lee Kim See
Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang
39, Tingkat 1, Jalan Mendaling, 43000 Kajang. 


2.   EN. ZULFIKAR ALI BIN ARIFFIN
Jawatankuasa Kecil Infrastruktur & Lalulintas
Ahli Majlis Zone 8
Block C-3-3, Apartment Pesona,
Taman Kajang Utama
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Email : zulfikarali@mpkj.gov.my

3.   ZAINAL ABIDIN BIN AALA
Pegawai Daerah Hulu Langat 
Pejabat Daerah /Tanah Hulu Langat,
Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah,
Kompleks Pentadbiran Daerah, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
           hlangat@selangor.gov.my

4.     Jurutera Dearah
Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Langat
Hulu Langat
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
U.P. En. Ahmad Lokman b. Saidin
   



Thursday, November 4, 2010

SELAMAT DEEPAVALI KEPADA SEMUA RAKYAT HINDU DI KAJANG, HULU LANGAT


Dari Penduduk Impian Setia


Deepavali merupakan perayan masyarakat India yang meraikan kemenangan Kebaikan mengalahkan kejahatan, kemenangan Keadilan menewaskan kezaliman. Walau bagaimanapun Kebaikan bukanlah hadir tanpa kita berusaha untuk meraihnya. Mendapatkannya adalah suatu perjuangan, berusaha memastikan Cahaya mengalahkan kegelapan. Buat semua yang merayakan Deepavali, saya ucapkan Deepavali Nal Valthukal.
“Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan” 
 terjemahan dari bait yang terkandung dalam adikaram keempat Thirukural, adikarya penyair besar Tamil, Tiruvalluvar. Karya tersebut adalah sebuah karya yang sarat dengan tunjuk ajar kebaikan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Gema dari bait-bait Thirukural kini semakin bermakna tatkala menjelangnya Deepavali.

Perbincangan Awal 4 Nov 2010 - Jalan Utama Saujana Impian






Satu Mesyuarat telah dipanggil oleh Pegerusi Persatuan Penduduk Impian Jaya 
Bertarikh      :   4 hb November 2010
Bertempat    :   Restoran Shifan , Impian  Murni
Masa           :   9.00 malam

Taman yang di maksudkan


Pengerusi Majlis Perbincangan berterima Kaseh diatas kehadiran walaupun makluman perjumpaan dimaklumkan dengan agak tergesa-gesa berikutan terdapat kemalangan kecil berlaku di persimpangan  Utama Saujana Impian ekoran perubahan lalulintas baru berkuatkuasa 2 hb November 2010




Y. Bhg Dato' Hj Zakaria Bin Abd Hamid selaku pengerusi Majlis perjumpaan memaklumkan :


1. Perubahan lalulintas tersebut telah dilaksanakan ekoran dari Cadangan syarikat konsesi lebuhraya Grand Saga diatas perbelanjaan syarikat tersebut setelah mendapat Kelulusan MpKj


2. Juga dimaklumkan perkara dilaksanakan atas permintaan Grand Saga diatas kajian yang dibuat oleh mereka melalui penduduk setempat .Walaubagaimanpun sehingga kini beliau masih belum dapat mengesahkan  responden kaji selidik tersebut mahu pun penduduk yang terlibat ,beliau juga tidak dapat megesahkan keadah kaji selidik dilaksanakan


3. Secara amnya beliau telah menghubongi pihak pihak berikut bagi mengesahkan samada isu ini ada dibangkitkan atau berkait dengan instutusi tersebut  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ,Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) ataupun  Pejabat Wilayah Tengah   Lembaga Lebuhraya Malaysia namun ia tidak mendapat jawapan yang positif terhadap perkara ini.


4. Beliau juga dimaklumkan oleh pihak Majlis bahawa Jalan yang berkaitan adalah masih dibawah tanggunjawab MpKj dan di takrifkan Jalan Secara umumnya tidak dapat klasifikasikan kepada samada 
  • Lebuhraya 
  • Jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan
  • Jalan raya negeri atau wilayah  ataupun 
  • Jalan perbandaran


5. Walaubagaimanapun Isu utamanya ialah perubahan ini membawa kepada isu keselamatan yang amat kritikal bagi penduduk Impian Jaya 




Yang berbahagia Dato Ismail bin  Hj Abd Rahim pengerusi Impian Gemilang 


1. Memaklumkan Majlis bukan hanya penduduk Impian Jaya malahan Impian Gemilang ,Murni , kaseh dan Setia juga mengahdapi masallah ekoran perubahan ini , dan Apbila membuat pusingan U didapati Turning circle terutama bagi kedenderann berat amat mebahyakan oleh kerana kelajuan keenderan dari arah Semenyih dan Taman lain berdekatan 


2. Beliau juga musykil akan implikasi perundangan lalulintas dengan jelas memperlihat kan tiada lampu hijau di perutukan untuk laluan terus  dan amat mengelitukan pemandu jelas banyak keenderaan yang berada di lorong tengah mengikuti untuk terus bergerak walaupun tidak berada di laluan tepi ketika lampu merah beliau mengesyurkan satu kajian implikasi perundangan perlu dikenalpasti samada ini dibenarkan 


3. Beliau juga mengesyurkan agar pegesahan maklumat dan status jalanraya ini di verifakasikan dan disemak akan statusnya dan adakah diwartakan .




Haji Abd Manaf Ramli  yang juga seorang bekas jurutera di Lembaga  Lebuhraya Malaysia memberi sedikit penjelasan dalam isu sejarah pembinaan jalan ini , isu keselamatan dan status jalan yang beliau fahami . Ini memberi Input yang berguna pada perjumpaan ini 


Majlis ditangguhkan pada 10 30 malam dan perjumpaan kedua akan dimaklumkan apabila draf surat dan memrandum berkaitan siap didrafkan
memberi sedikit peranan dan gambaran akan kedudukan  




Surat Aduan Ke Mpkj



Rujkan saya : Mpkj/10/10/1 

Rujukan aduan : 0671/09/10 – (1)
Tarikh : 13 Okt 2010


Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, 
Off Jalan Semenyih, 
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

U P Tuan Hj. Arshad bin Hj. Salleh
Ketua Jabatan
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
Melalui  (
aduan@mpkj.gov.my )


Aduan : Pemotongan Rumput Tidak Sempurna

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas ingin dimaklumkan asas Aduan ialah Kualiti perkhidmatan. Walaubagaimapun saya pasti Mpkj khusus nya mempunyai sistem verifikasi serta semakan mutu Kerja atau laporan berkala dari JKKP atau apapun badan yang dilantik .
1. Saya yang kurang ariff ingin  memohon agar pihak Tuan dapat menerangkan akan prosidur kawalan Mutu Kerja tersebut agar dapat saya  menjalankan tindakan proaktif dan membina serta tidak mecacatkan Imej Mpkj amnya
2. Saya difahamkan penyerahan Jalan dan kawasan Umum diserah secara berperingkat oleh pemaju Saujana Impian , apabila aduan dibuat ke Pemaju , kebiasaaan nya pemaju menuding jari Mpkj Justru itu agak sukar sebagai penduduk mempastikan aduan dan laporan efektif dibuat
3. Walau bagaimana pun disini saya lampirkan beberapa gambar bagi maksud aduan yang saya ingin utarakan kerana melaui system e aduan sedia ada pejelasan secara foto tidak dapat diajukan
Adalah menjadi harapan saya sebagai warga Kajang perkhidmatan landskap yang di laksanakan oleh Mpkj mendapat kesan Value for Money nya
Sekian Terima Kaseh
Yang benar
Shaiful Ariffin
s.k.
1. YANG DIPERTUA  YBHG. DATO’ HASAN NAWAWI BIN ABD RAHMAN
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Melalui :  ydp@mpkj.gov.my

2. EN.MOHAMED YUSOFF BIN BACHEK
Lot 22516 Jalan Melur,
Kg. Sg. Ramal,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Email: yusoff@mpkj.gov.my

3. EN. ONG SENG PENG
24A, Jalan Raja Haroun, 43000
Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Email : ongsengpeng@mpkj.gov.my

4 EN. NARAYANAN A/L PERUMAL
56, Jalan KR 4,
Taman Kajang Raya,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

5. Ketua Jabatan
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
Tingkat 4A, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tuan Hj. Arshad bin Hj. Salleh
Email : arshad@mpkj.gov.my

6 YB Lee Kim Sen

Adun Kajang

Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang

39, Tingkat 1,
 Jalan Mendaling,
 43000 Kajang

Fax: 03-87370979


Photo Berkaitan