Aktiviti 2003

KARNIVAL IMPIAN SETIA    05 July 2003


PPIS telah mengadakan satu Karnival ekoran itu sebagai bekas kakitangan Kementerian belia dan Sukan Saya dapat menguruskan Satu Gerai Pameran bagi maksud mempamerkan aktiviti aktiviti Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian berkenaan  Urusan itu adalah pada surat surat berikut 


Pengarah,
Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Perseketuan
Jakan Kampong Pandan
Kuala Lumpur


Pengarah,
Bahagian Rakan Muda
Aras 6 Blok G , Jalan Dato Onn
Kuala Lumpur



PERSATUAN PENDUDUK IMPIAN SETIA
SAUJANA IMPIAN ,43000 KAJANG , SELANGOR D. E.


Tarikh : 25 Jun 2003


Timb Ketua Pengarah,
Bahagian Pembanguna Sukan
Aras 6 Blok G , Jalan Dato Onn
Kuala Lumpur

Tuan

Per : KARNIVAL IMPIAN SETIA

Meujuk kepada perkara diatas ahli Jawatankuasa penduduk Impian Setia Saujana Impian Kajang akan mengadakan Karnival Impian Setia pada 05 July 2003 karnival ini terbuka kepada  umum

Bagi menjayakan Karnival ini kami menyediakan satu tapak berbumbung bagi Jabatan Belia dan sukan terutama bagi bahagian Pembangunan Sukan mempromosi dan memperkenal program dan aktiviti nya

Oleh itu kami memohon jasabaik tuan untuk membantu kami menjayakan Karnival ini . Pihak kami memcadangkan agar pihak tuan dapat menyediakan perkara seperti berikut:

  1. Phamplet .brochure , poster  atau banner bagi aktiviti dan program di bahagian tuan agar dapat dipamerkan di Karnival ini.
  2. Meminjamkan beberapa peralatan sukan dan model model sukan bagi tujuan pemeran seperti go kart dan patung pelumba Go kart
  3. Peralatan sukan terbaharu seperti X games untuk dipamerkan dan dicuba oleh umum dan juga  Futsal
  4. Barangan cendrahati sedia ada disumbangkan dan akan dihadiahkan kepada pelawat bagi aktiviti aktiviti yang diadakan sewaktu pameran

Bagi  menjayakan nya kami sanggup menyediakan pengangkutan dan tenaga kerja bagi logistic peralatan
Sehubongan dengan itu kami ingin menjemput semua warga bahagian Pembangunan Sukan ke Karnival ini 

Sekian
Terima  Kasih




YDP Persatuan Penduduk  Impian Setia  




PROGRAM SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA DAN PROGRAM 
BERKHATAN BERAMAI RAMAI




 NOTIS



1.  Bagi menjayakan  Majlis ini  Penghuni rumah-rumah di  Jalan Impian Setia dipertanggungjawabkan  menyediakan Menu Makanan Nasi Beryani berlaukkan daging kurma serta rendang  ayam bagi penduduk yang tidak makan daging lembu .

2.  Syukur ada yang sanggup membiayai daging  bagi makanan 1,200 orang serta akaun Persatuan mebiayai separuh dari pebelanjaan yang dianggarkan iaitu RM 300.00 dari RM 600

3. Bagi menjayakan Majlis  Jalan Impian Setia 11, 10 , 4 dan yang lain juga menyediakan makanan dan minuman yang beraneka jenis untuk kita menjayakan majlis ini adalah diharapkan pihak Tuan/Puan  dapat menyumbang bantuan kewangan


Tarikh : 15 Dec 2003

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  Warga Impian Setia

Y.B. Dato, Datin Tuan ,Puan , Sahabat Handai dan Adik- adik  Sekelian

PROGRAM SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA DAN PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI    pada        20hb Disember, 2003



Harapan kami dari Urusetia bahawa majlis ini dapat diraikan dengan semangat harmoni ,muhibah dan menjadi pemangkin kepada perpaduan dan silaturahim antara kita . Justru amalan ini dapat dijadikan tradisi  dan  tonggak kemeriahan Impian Setia 

Di sini ingin dimaklumkan beberapa perkara bagi memudahkan pengendalian dan urusan majlis serta meyemarakan semangat kejiranan dan  kerjasama . bah kata perpatah berat sama di pikul dan ringan sama di jinjing.

Persiapaan yang di persetujui ialah :

Khemah

Khemah hanya disediakan bagi meyediakan makanan bagi setiap jalan,  satu khemah kecil berukuran anggaran 10 kaki x 10 kaki manakala khemah besar adalah khemah utama Acara dan untuk menu utama. Urusetia juga meminta  keikhlasan dari  Warga Impian Setia agar dapat meminjamkan khemah kecil tuan-tuan yang berada di hadapan rumah bagi kegunaan pada malam itu . Ini dapat disalurkan melalui Pengurus Khemah.

Pengurus Khemah & Siaraya :
En Nordin  Mat (No 10 JIS 2)

Makanan

Menu utama ialah Nasi Beryani yang ditaja oleh Jalan Impian Setia sementara lauk pauk akan disediakan oleh Encik Abd Rahman Mohd. No 55 Jalan Impian Setia B. Manakala setiap  jalan  yang lain akan meyediakan menu mereka mengikut citarasa setiap jalan.

Pengurusan: En Abu Zahid (No 55 JIS  )
                     En Abd Rahman Mohd
                     (No 55 JIS B)

Pinggan Mangkuk

PPIS akan meyediakan pinggan mangkuk jenis pakai buang. Walau bagaimanapun,  diharap tuan/puan dapat menggunakan peralatan tersebut berulang kali agar tidak membazir kerana peruntukan agak terhad. Peralatan pinggan mangkuk boleh didapati  di Khemah Jalan masing masing pada malam tersebut.

Pengurus : En Zulkeflly Mahadir
                   (No 23 JIS 10)
Jawatankuasa Kewangan

Dengan peruntukan yang kecil kelicinan perjalanan program untuk semua warga Impian Setia. Terjamin dengan Usaha   kewangan, aturcara perbelanjaan serta prosedur kewangan dikendalikan oleh:

i)                    En Abu Zahid

Keceriaan Suasana

Bagi memeriahkan suasana sambutan kami meyeru agar warga Impian Setia dapat meminjamkan pelita kepada Urusetia, pelita perlu ditanda No Rumah dan Jalan – Contoh, No 12, Jalan Impian Setia 12 maka ditanda  (12/12) ini dapat memudahkan memulangkan balik kelak.  Pemasangan pelita boleh di salurkan ke Pengurus  lampu hiasan pada malam 20hb.  Kerjasama tuan/puan amat dialualukan oleh pihak Urusetia.  Insyaallah Acara bunga Mercun akan di sumbangkan oleh Warga Jalan Impuan Setia

Pengurus Keceriaan :
 En Dzulkarnian Abdullah (No 13 JIS 6)
 En Saupian Mohd Zin (No 19  JIS 7)
 En Azid Harley (No 30 JIS 5)

Penyambut Tetamu

Suasana akan menjadi lebih harmoni dengan adanya penyambut-penyambut tetamu yang akan menyambut kehadiran para hadirin.  Mereka ini terdiri dari AJK yang dilantik khas iaitu :

i)                    Tn Hj Abd Razak & Isteri
ii)                  En Suhaimi Zaman & Isteri
iii)                En Cheong & Isteri
iv)                En Abu Hassan & Isteri
v)                  Semua AJK dan Isteri

Jawatankuasa Kebersihan

Bagi memastikan kebersihan kawasan Dataran Setia sebelum dan sesudah program, jawatankuasa kebersihan dilantik untuk memastikan kebersihan kawasan Impian Setia adalah terjaga.  Jawatankuasa ini diketuai oleh :

i)                    En Azahar  Abu Samah (No 48 JIS 1B)
ii)                  En Mohamad Md Dahan (No 6 JIS 2)


Program Berkhatan

Kanak-kanak  yang berkhatan akan diarak dengan kompang dari Madrasah Impian Setia No 20 Jalan Impian Setia 11 hingga ke Dataran Impian Setia dan mereka digalakkan memakai pakaian baju Melayu. Acara berkhatan akan diadakan keesokan harinya di Pusat Perubatan Kajang Plaza mulai jam 8.00 pagi. Urusan berkhatan akan diketuai oleh Dr Ismail Mohd Saiboon (Pensyarah dan Pakar Klinikal Ortopedik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan dibantu oleh Pegawai-Pegawai  Perubatan HUKM. 

Pengurusan Sambutan :  En Suhaimi  Zaman
Pengurusan Berkhatan :  Dr Ismail Mohd Saiboon dan Ustaz Redzuan Hj Mohd Yussof

Saat saat sejarah ini akan  dirakamkan oleh  En Azril Abd Aziz dari 27 Jalan  Impian 10 

Hadiah dan Cenderamata


Hadiah dan cenderamata akan di berikan kepada pelajar pelajar cermerlang Impian setia juga pada yang berkhatan di kelolakan oleh  Puan Natasha dan Cik Anita
Akhir kata kami Ahli-Ahli Jawatankuasa berharap semoga program yang diatur ini akan mendapat sambutan dari Warga Impian Setia sebagaimana yang pernah kita adakan sebelum ini



URUSETIA
PROGRAM SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA DAN PROGRAM BERKHATAN


Laporan Aktiviti


MAJLIS BERKHATAN BERAMAI RAMAI DI IMPIAN SETIA

Objektif :

1.Memberi perkhidmatan berkhatan secara beramai-ramai  bagi memudahkan Ibu bapa mengurus amalan berkhatan anak anak mereka  serta menjimatkan kos berkhatan individu

2. Menglibatkan sebanyak mungkin penduduk Impian Setia bagi mengeratkan silaturahim serta menghidupkan amalan jiran sepakat membawa berkat

Dasar Pelaksanaan ;

Pelaksanaan  berasas khidmat secara sukarela serta  penglibatan kos yang rendah dan meriah

Tarikh     :    20 hb Dec 2003
Masa       :     8.30 mlm  sehingga  11.30 mlm
Tempat    ;    Dataran Rekreasi Impian Setia

Kanak-kanak  yang berkhatan akan diarak dengan kompang dari Madrasah Impian Setia No 20 Jalan Impian Setia 11 hingga ke Dataran Impian Setia memakai pakaian baju Melayu. Acara berkhatan akan diadakan keesokan harinya di Pusat Perubatan Kajang Plaza mulai jam 8.00 pagi.
.
Jawatankuasa



Pengerusi ,                                
 i)                    En Shaiful Ariffin

AJK  Khemah &  Siaraya         
ii)                  En Nordin  Mat (No 10 JIS 2)

AJK  Sambutan                         
iii)                En Suhaimi  Zama
AJK  Urusan Berkhatan :         
iv)                Dr Ismail Mohd Saiboon
 v)                  Ustaz Redzuan Hj Md Yussof

AJK  Keceriaan :                      
 vi)                En Dzulkarnian Abdullah
vii)               En Saupian Mohd Zin
                           
AJK Kebersihan : 
viii)            En Azahar  Abu Samah   
ix)                En Mohamad Md Dahan

Penyambut Tetamui                   
             i)                    Tn Hj Abd Razak & Isteri
ii)                  En Suhaimi Zaman & Isteri
iii)                En Abu Hassan & Isteri
iv)                Semua AJK dan Isteri




PROGRAM SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA

Merujuk kepada perkara diatas Jawatankuasa Penduduk Impian Setia, Saujana Impian Kajang akan mengadakan  Majlis Hari Raya  Taman Saujana Impian serta meraikan ahli program berkhatan beramai- ramai  seperti berikut :

Tarikh     :    20 hb Dec 2003
Masa       :     8.30 mlm  sehingga  11.30 mlm
Tempat    ;    Dataran Rekreasi Impian Setia

Jalan Impian Setia dipertanggungjawabkan  menyediakan Menu Makanan Nasi Beryani berlaukkan daging kurma serta rendang  ayam

Makanan

Menu utama ialah Nasi Beryani yang ditaja oleh Jalan Impian Setia sementara lauk pauk akan dikendalikan  Encik Abd Rahman Mohd. No 55 Jalan Impian Setia dengan  Kos RM 700.00 . Manakala setiap  jalan  yang lain akan meyediakan menu mereka mengikut citarasa setiap jalan.

Pengurusan Makanan:   En Abd Rahman Mohd (No 55 JIS B)
Pengurus : En Zulkeflly Mahadir (No 23 JIS 10)

Senarai Peyumbang bagi Jamuan Hari Raya 2003 Jalan Impian Setia






Bil
Nama Penjaga
Alamat

Jumlah Bayaran






1
Yussaini b Ismail
11
Jln Impian Setia

RM 20.00
2
Mohd Aszemi b Ibrahim
45
Jln Impian Setia

RM 20.00
3
Rosnazura Idrus
83
Jln Impian Setia

RM 10.00
4


Jln Impian Setia

RM 20.00
5
Azme Albakri
67
Jln Impian Setia

RM 50.00
6
Qamari b Aluan
9
Jln Impian Setia

RM 30.00
7
Zahari b Abdul Wahab
39
Jln Impian Setia

RM 20.00
8
Mohd Redduan Ab Rahman
65
Jln Impian Setia

RM 20.00
9
Azhar Husin
35
Jln Impian Setia

RM 30.00
10
Faizal
1
Jln Impian Setia

RM 20.00





RM 240.00





PENYATA TERIMAAN DAN BAYARAN
DOKUMEN
BAUCER BAYARAN

30 DEC 2003

                          


BANTUAN DAN DERMA IKHLAS PADA MAGSA KEBAKARAN

EN MOHD FAISAL HASHIM

NO 1 JALAN IMPIAN SETIA

Seperti tuan sedia maklum pada lebih kurang pukul  2.00 ptg 26 hb Dec  dukacita di beritahu sebuah rumah jiran kita telah di jilat api yang merosakkan seluruh bahagian tingkat atas rumah  beliau, walau bagaimanapun Alhamdulillah ahli keluarga beliau  terselamat . Namun  kerugian yang dialami agak serius.

Merujuk kepada perkara diatas Jawatankuasa Penduduk Impian Setia, Saujana Impian Kajang  memohon kerjasama dan keikhlasan seluruh warga Impian Setia  atas asas tolong-menolong sesama jiran sudi meghulurkan sumbangan kepada mangsa rumah kebakaran yang pertama ini bagi meringankan bebanan beliau .

Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan dengan memasukkan wang dalam sampul surat serta mencatitkan butiran di slip yang disediakan dan dimasukkan kepada peti surat seperti alamat di bawah atau secara terus kepada Wakil Persatuan :-