INI DRAF SAHAJA KALAU BOLEH BAGI MAKLUMBALAS
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Jaya ,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Indah,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Murni,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Setia,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Kasih,
Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Golf Resort,
Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru SK Saujana Impian,
Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Saujana Impian,
Pengerusi Surau Saujana Impian,
Gurubesar Madarasah Pra Tahfiz Al Mukaramah
Ketua Cawangan Parti Islam Semalaysia, Saujana Impian
Ketua ranting , Parti keadalan Rakyat Saujana Impian
Draf Surat Terbuka dari Warga Saujana Impian
Y.Bhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Kajang
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Yang Berbahagia Dato,
PERUBAHAN DAN PENGUBAHSUIAN LALU LINTAS SAUJANA IMPIAN
Adalah saya dengan hurmat takzimnya merujuk kepada perkara diatas ingin membawa perhatian Dato kepada pembaharuan yang dialaksanakan keatas lalulintas tersebut .
1. Kami mengalu-alukan adanya usaha penambahbaikan yang ingin dilaksanakan bagi kemudahan umum dan rakyat serta warga Mpkj amnya justru itu adalah diperjelaskan kami sekali kali tidak membantah usaha dan niat murni perkhidmatan Mpkj . Namun setiap pembahuruan dan pengubahsuaian memungkinkan penambahan kepada kebaikan juga kepada keburukan dengan ini kami ingin mengutarakan pandangan penduduk yang mungkin kurang arif dalam perencanaan pembangunan MpKj secara macro tetapi amat perlu diuatarakan bagi perhataian MpKj amnya.
2. Ingin saya menyingkap semula pada Tahun 2004 dimana Sistem Perubahan ini pernah dilaku pada tahun itu dan ianya sama seperti mula mula ia dilaksanakan namum keadah ini dimansuhkan oleh kerana kadar kemalangan yang meningkat bagi penduduk Impian Jaya yang mahu membelok masuk ke rumah mereka didatangi oleh keenderaan deras dari arah semenyeh
3. Justru pengubahsuian lalu lintas pada kali ini amat membimbangkan warga dan penduduk Saujana Impian khususnya Impian Jaya , Pada hemah kami setelah mengadakan satu pemuafakatan antara Pengerusi- pengerusi Penduduk setempat dan perbincang didapati pelbagai factor teknikal dan perudangan yang boleh dipertikaikan namun kami percaya Majlis Perbandaran Kajang adalah lebih arif dan memahami perspektif yang lebih luas serta bertanggungjawab kepada pelbagai pihak Justru menyerahkan penyelesaian Isu in kepada pihak Majlis dengan kami pasti satu rencana jangka panjang dan Plan tindakan masa terkini (sementara) supaya kemudaratan yang diharapkan tidak dialami oleh penduduk
4. Walaubagaimanapun ini diutarakan beberapa factor bagi perhatian Tuan
4.1 Laluan Terus yang dibenarkan tanpa henti tidak selaras dengan Lampu isyarat sedia ada , Lampu sedia ada tiada perubahan sejajar dengan pengubahsuian ini
4.2 Tiada Tanda atau notis bagi laluan terus tersebut bagi pemandu menggunakkanya dari arah seminyeh
4.3 Pembahagi Jalan menggunakkan tiang Fleksible setelah seminggu didapati patah dan rosak hampir ¼ dari jumlah asalnya
4.4 Tiada had laju yang ditetapkan bagi pengunaan lalaun ini
4.5 Pembahagi Jalan yang singkat dan pendek membolehkan keenderaan menukar laluan dengan pantas dan membahayakan
Adalah diharapkan disini Pihak Majlis mengambil perhatian akan kemusykilan dan kebimbangan kami dan Kami percaya Majlis lebih mementingkan masyarakat daripada kehendak-hendak koperat besar seperti Tesco mahupun Grand Saga seperti yang di fikirkan secara negatif oleh masyarakat setempat
Yang benar
Pengerusi ,
Majlis Pemuafakatan Penduduk Saujana Impian
Salinan Kepada :
1. Y.B Adun Kajang Cik Gu Lee Kim See
Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang
39, Tingkat 1, Jalan Mendaling, 43000 Kajang.
2. EN. ZULFIKAR ALI BIN ARIFFIN
Jawatankuasa Kecil Infrastruktur & Lalulintas
Ahli Majlis Zone 8
Block C-3-3, Apartment Pesona,
Taman Kajang Utama
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Taman Kajang Utama
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Email : zulfikarali@mpkj.gov.my
3. ZAINAL ABIDIN BIN AALA
Pegawai Daerah Hulu Langat
Pejabat Daerah /Tanah Hulu Langat,
Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah,
Kompleks Pentadbiran Daerah, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
E-mel : zainalabidin@selangor.gov.my
4. Jurutera Dearah
Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Langat
Hulu Langat
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Pejabat Jurutera Daerah JKR Hulu Langat
Hulu Langat
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
U.P. En. Ahmad Lokman b. Saidin
No comments:
Post a Comment