Sunday, October 9, 2011

PER : Kawalan Vektor & Kawalan Alam Sekitar & Kesihatan Awam


Ketua Jabatan,
Jabatan Perkhidmatan  Perbandaran & Kesihatan ,
Ting 4 a, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih , Off Jalan Semenyih
43000 Kajang , Selangor Darul Ehsan.

U.P.  : Tuan Hj. Arshad bin Hj. Salleh
No. Faks : 03-87367746

Tuan

PER : Kawalan Vektor & Kawalan Alam Sekitar & Kesihatan Awam

Merujuk kepada perkara diatas dan juga kejadian terbaru di  Saujana Impian , khusus nya Impian Setia terjadi nya 3 Kes demam Denggi mengikut Laporan Lisan dari Pembantu Kesihatan Awam , Jabatan Kesihatan Hulu Langat  perkara ini  amat membimbangkan penduduk sekitar.

2. Di dapati kes tersebut berlaku di rumah yang bersebelahan nya tidak didiami yang  besar kemungkinan  nyamuk membiak  namun factor  persekitaran juga memungkin ia nya menjadi faktor kepada serangan wabak ini

3. Saya ingin mengutarakan beberapa perkara bagi makluman pihak tuan agar dapat tindakan yang komprehensif dapat  dilaksanakan agar ianya boleh menjamin persekitaran  Taman yang sihat

 3.1  Terdapat Longgokan Batu bata dan sampah pepejal di Parit Utama iaitu pada monsoon drain Utama yang menghalang perjalanan air lancar pada musim kering  ini dari pantau selama sebulan
Apabila musim hujan ianya tidak ketara tetapi longgokan ini amat jelas apabila musim tiada hujan

Sila Rujuk Gambar di Lampiran A







Apakah yang boleh  kami sebagai penduduk membantu pihak Tuan dalam pemasalahan ini .

3.2  Perbualan saya dengan kakitangan  Jabatan Kesihatan juga difahami longgakan sampah juga boleh menjadi punya pembiakan , Sampah sarap yang terdapat di bahu Jalan kebanyakannya disekitar bahu Jalan yang boleh ditakrifkan No-mans land yang tidak berhadapan dengan rumah  penduduk secara Khusus .

Penduduk juga pada hemah saya tidak dapat disalahkan memadangkan tiada nya pusat pembuangan setempat yang memungkinkan pembuangan  dilaksanakan dengan berhemah .

Walaubagaimanapun permasalah ini perlu di tangani secara jangka panjang

Apakah nasihat tuan dan adakah program program serta aktiviti semasa yang dapat menangani isu ini ?

Sila Rujuk Gambar di Lampiran B

Apakah syor tuan dalam mengatasi masaallah ini pada jangka masa panjang diharap pihak Tuan dapat membantu Kami, Untuk makluman Tuan juga Persatuan Penduduk sedia ada telah dibubarkan dengan peletakan jawatan secara enblog . dengan ini saya memohon Jasa baik Tuan dalam meyelesaikan masaallah ini  .

Sekian ,Terima Kaseh

No comments:

Post a Comment